Cast On..
Apa itu Cast On?
Cast On ialah satu kaitan yang akan digunakan sebagai pembuka permulaan kaitan (istilah ciptaan sendiri
)
Masa tengok-tengok kat youtube, terjumpa satu cara cast on yang senang untuk dikait. Di bawah ini adalah video yang menunjukkan cara-cara membuat cast on.
LONG TAIL CAST ON
Video credited to : Knit67
Penerangan:
1. Di dalam video di atas, sebelum membuat cast on, perlu dibuat satu slip knot dahulu.
2. Setelah kita membentuk satu slip knot, anda perlu mengukur berapa panjang stitches yang anda ingin kait. Oleh itu, anda haruslah memastikan bahawa benang yang tidak bersambung pada bola benang (dipanggil tail) mempunyai ukuran yang panjang seperti yang dikehendaki. Oh ya.. benang yang bersambung pada bola benang dipanggil sebagai working yarn.
3. Kemudian, pastikan dua belah benang tadi di pegang dengan kemas seperti di dalam video.
4. Masukkan jarum kait dari bawah lubang pada ibu jari, terus masuk ke dalam lubang di jari telunjuk dari atas, kemudian terus sahaja masuk kembali ke dalam lubang di ibu jari dan benang dilepaskan dan tarik sehingga loop tadi menjadi 2 stitches.
5. Teruskan langkah 4 sehingga anda mencapai stitches yang anda inginkan
Terdapat pelbagai jenis cast on yang anda boleh lakukan. Cast on jenis ini baik untuk mendapatkan feel yang elastik. Sebenarnya, kalau hendak diikutkan, terdapat banyak jenis cast on yang boleh digunakan dan ada juga yang sangat mudah dan sesuai digunakan bagi yang beginners.
InsyaAllah, jika berkesempatan, saya akan cuba lampirkan pula jenis-jenis cast on yang lain pada entry yang akan datang ok
Antara Cast On yang anda boleh kait boleh dilihat di dalam gambar di bawah :
(disclaimer: this is an image taken from Big Book of Knitting and Vogue Knitting, this is only for personal used and learning purpose only. Please buy the book to support!)
**klik pada gambar untuk lihat image yang lebih besar dan jelas ataupun right-click and – save target as- untuk lihat di dalam pc anda.
KNIT CAST ON (ELSTEFFO@YOUTUBE.COM)
RIB CAST ON (ELSTEFFO@YOUTUBE.COM)
Selamat mencuba!
-Sindar-


















2 comments
2 pings
siti
May 26, 2011 at 2:04 AM (UTC 8) Link to this comment
salam …sy berminat dgn blog ini.., tp xdak ka knitting using 1 needle only? sy teringin nk blajaq pattern len guna 1 jrum….tq
Da'Knit
May 26, 2011 at 8:08 AM (UTC 8) Link to this comment
Salam Siti,
Terima kasih di atas kesudian bersinggah ke Da’Knit!
Oh tidak
Knitting ni adalah jarum kait dua
Crochet ni adalah jarum kait satu
Cuba siti lihat di ravelry.com untuk melihat pattern-pattern mengait Crochet dan Knitting.
Ada banyak pattern yang lawa-lawa di ravelry.com
Jemput lawat selalu~
Mengait Topi/Knitting Hat for Beginners » Da'Knit
September 1, 2010 at 10:06 AM (UTC 8) Link to this comment
[...] Basic: Cast On [...]
Tutorial Mengait Topi: Ruffle Hat (Knitting Version) » Da'Knit
April 8, 2012 at 3:27 PM (UTC 8) Link to this comment
[...] Basic: Cast On [...]