«

»

Print this Post

Cara memulakan belajar mengait

Assalamualaikum everyone.. apa khabar? Semoga teman Da’Knit semua sihat sentiasa insyaAllah…

Kali ini Da’Knit ingin membuat pos mengenai Cara Memulakan Belajar Mengait sama ada Knitting ataupun Crochet.

Saya telah menerima sebuah email daripada seorang hamba Allah bertanyakan tentang cara memulakan mengait beg ataupun topi.

Oleh itu, disini, saya ingin memberikan panduan memulakan seni mengait ini. Diharap pos ini akan membantu anda yang juga ingin belajar mengait :)

My current project.. Crochet Along with Yarn Lovers Malaysia (YLM) :)

1. Memahami asas mengait jarum kait dua (Knitting) ataupun jarum kait satu (Crochet)

Photo credited to photo-dict.faqs.org

Knitting (Jarum Kait Dua)

Asas yang perlu diketahui ialah:

Photo credited to http://www.craftstylish.com

Crochet (Jarum Kait Satu)

Asas yang perlu diketahui ialah:

2. Memahami istilah-istilah untuk Knitting dan Crochet

Istilah Knitting dan Crochet:

Untuk bacaan berbentuk instruction/arahan, kita harus memahami setiap istilah singkatan bagi bacaan tersebut. Untuk tujuan ini, anda boleh merujuk Knitting Abbreviations (sila klik link) untuk memahami setiap istilah.

Manakala untuk bacaan crochet, anda juga perlu memahami setiap istilah singkatan bagi bacaan pattern tersebut. Crochet hadir dalam bentuk arahan dan juga diagram. Bagi memahami istilah berbentuk arahan, anda boleh klik pada link ini: Crochet Abbreviations dan untuk memahami istilah simbol, anda boleh klik pada link ini: Crochet Symbols

Setiap istilah ini menyatakan jenis kaitan yang perlu kita buat. Oleh itu, anda perlu perhatikan juga cara kaitan (boleh rujuk di youtube.com) bagi setiap istilah untuk memudahkan anda membaca pattern dan mengait pattern tersebut.

3. Praktik Menggunakan Pattern yang Mudah.

Setelah anda memahami asas dan juga cara membaca istilah pattern, maka, anda sudah pun boleh memulakan kaitan anda dengan merujuk pattern yang mudah bagi mengait projek yang anda inginkan.

Antara laman-laman web yang anda boleh lawati ialah seperti:

http://www.straw.com/cpy/free_patterns.html

http://www.knittingpatterncentral.com/

Anda boleh pilih pattern yang mudah.. kebiasaannya akan dinyatakan pattern tersebut adalah untuk Beginner. Cuba dan fahami setiap istilah di dalam pattern, dan kemudian kait perlahan-lahan mengikut arahan/simbol yang diberi. InsyaAllah, saya percaya anda boleh lakukannya!

4. Pemilihan Benang.

Pada masa kini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis benang yang menarik dari pelbagai jenis manufacture secara offline ataupun online. Di Malaysia, benang-benang yang biasa digunakan adalah terdiri daripada Nona, Minlon, Sakura, Wina, Venus, Orion Top dan pelbagai lagi jenis-jenis benang yang diperbuat daripada acrylic. Kebanyakkan benang-benang tempatan ini sesuai digunakan untuk mengait alas meja, beg, amigurumi namun secara kasarnya, kurang sesuai untuk digunakan mengait pakaian. Secara online pula, anda boleh mendapatkan benang-benang yang lebih baik kualiti dan mutunya untuk mengait baju, shawl, pakaian bayi dan pelbagai projek untuk keselesaan. Benang-benang ini boleh digunakan menggunakan satu jarum (crochet) mahupun dua jarum (knitting). Benang khas crochet yang dipanggil sebagai crochet thread sesuai digunakan untuk membuat lace ataupun doilies. Manakala benang-benang biasa (yang pelbagai saiz) sama ada crochet ataupun knitting, kedua-duanya boleh digunakan untuk mengait benang-benang ini. Pemilihan jarum dan benang adalah berdasarkan thickness benang tersebut. Semakin tebal benang, maka semakin besar saiz jarum yang digunakan dan begitu juga sebaliknya. Jikalau anda mengait merujuk pattern, maka adalah lebih elok anda mengait berdasarkan jarum dan benang yang dicadangkan. Jikalau tidak mempunyai benang ataupun jarum seperti di dalam pattern, maka peranan Gauge sangat penting dalam mendapatkan ukuran kaitan yang diinginkan.

Anda boleh layari laman-laman web ini untuk melihat jenis-jenis benang yang ada di kedai online kami:

http://yarnsonlineshop.com – kedai benang online Da’Knit Yarns

http://www.daknit.com – kedai jarum kait dua/satu dan benang online Da’Knit

Diharap guidelines ini akan membantu kawan-kawan yang ingin belajar mengait jarum satu ataupun dua :)Jangan cepat putus asa! Yang penting.. sentiasa praktikkan apa yang telah dipelajari. Practice makes perfect!

InsyaAllah.

Semoga panduan ini memberikan manfaatnya untuk kita semua. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke sindarery@gmail.com

May Allah swt bless us all :)

Have a good night!

Comments

comments

Permanent link to this article: http://www.aheys.com/tips-knitting/cara-memulakan-belajar-mengait/

4 comments

Skip to comment form

  1. siti daniela

    hii..ct nk blajar jugak la…

    1. Da'Knit

      Mari belajar Siti :D

      Jemputlah join kami di facebook.com/daknit untuk updates..

      terima kasih for hopping by!

  2. natasha

    yeah! memang cikgu pandai mengajar. tq ery. sangat manfaat untuk beginner…:)

    1. Da'Knit

      hihihi.. tak adalah.. terima kasih kak Natasha.. saya harap guidelines ini sangat mudah untuk bagi bayangan kepada yang beginner xD thank you kak Natasha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>