Repost from http://www.aheys.com/tutorial-knitting/belajar-mengait/
Allahummasolli ‘ala saidina Muhammad wa’ala ali wa sohbihi wasallim..
Semoga dengan berselawat ke atasnya siang dan malam. kita mendapat syafa’at Rasullullah s.a.w.
Assalamualaikum semua.. 
Memandangkan hari ini cuti, dan saya free sangat-sangat.. kali ini saya ingin memberikan beberapa info tentang mengait. Alhamdulillah, saya gembira mendapat email-email teman semua yang bertanyakan tentang cara-cara memulakan mengait. Mengait ni memang sangat seni.. bukan setakat kita kait, cantik dan nah.. ambik kau! hehe.. tak adalah gurau ja. Yang bestnya mengait ni.. anda tak perlu fikir nak jahit ataupun potong kain hahaha.. saya adalah jenis yang kurang mahir dengan jahit-menjahit mungkin satu hari nanti insyaAllah.. jadi buat masa ni, saya lebih selesa dengan mengait, sebagai menambah kemahiran dan juga hobi.
Mengait adalah merupakan satu kemahiran tangan yang sangat tualah usianya.. sejak beratus tahun yang lalu.. oh lama tu.. dan mengait ini terbahagi kepada dua jenis. Iaitu:
1. Crochet
2. Knitting
Ok, jum kita cerita sikit pasal kedua-dua jenis kaitan ini.
1. Crochet:
Crochet (sebut Krosye) ataupun dalam bahasa kita dipanggil Krusye/Jarum Kait Satu adalah seni yang paling famous dekat negara kita. Jarum yang digunakan adalah terdiri dari satu batang jarum yang berkepala hook. Jadi mostly, mereka memanggil jarum crochet dengan istilah hook needle. Crochet juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Crochet (sangat popular)
2. Double ended crochet (boleh digunakan untuk mengait secara in-the-round)
2. Tunisian/Afghan Crochet (merupakan satu teknik mengggunakan jarum yang panjang seakan-akan jarum knitting. Kaitannya juga adalah hampir dengan knitting)
Crochet juga sangat senang dipelajari apabila anda telah mengetahui asasnya iaitu :
1. Chain Stitch
2. Single Crochet
3. Double Crochet
4. Half Double Crochet
5. Slip Stitch
Kemudian, setelah anda mahir dengan asas-asas ini.. ianya akan memudahkan anda untuk belajar teknik lain seperti increase, decrease, shell, dan pelbagai jenis stitches yang cantik-cantik lagi 
Terdapat pelbagai jenis jarum kait satu yang anda boleh gunakan untuk mengait. Tidak hanya bergantung pada satu jenis jarum sahaja kerana setiap jarum kait ini mempunyai saiz yang berbeza dan kegunaan yang berbeza. Malah ada jarum-jarum kait ini, walaupun sama saiz tetapi diperbuat daripada manufacture yang berbeza, hasilnya tetap juga berbeza. Oleh itu, adalah dinasihatkan jika anda mengait dengan jarum A, teruskan mengait dengan jarum A sehingga habis projek anda. Sebab walaupun katakan jarum B mempunyai saiz yang sama dengan jarum A, ianya akan memberikan kesan yang berbeza terhadap projek kait anda. Ini adalah disebabkan oleh kepala jarum (hook) mempunyai rupa yang berbeza. Anda boleh lihat gambar di bawah ini sebagai contoh :
Kedua-dua ini adalah saiz yang sama iaitu 4.00 mm. Tetapi manufacture yang berbeza, satu dari China dan satu lagi dari Jepun. Kalau anda perhatikan dengan baik, anda akan dapat lihat perbezaan kepala hook bagi kedua jarum ini, perbezaan ini sangat mempengaruhi hasil kait kita. Yang biasa itu.. lebih tajam dan kecil sikit hooknya, manakala yang clover itu, tebal dan tidak begitu tajam hooknya.
Ok, sekarang kita cerita pula pasal knitting 
2. Knitting
Apa yang membezakan Knitting dengan Crochet?
Knitting adalah satu kemahiran dimana anda mengguna dua jarum ataupun beberapa jarum ketika mengait. Bagi saya istilah jarum kait dua itu kurang sesuai kerana konteks knitting ini lebih besar. Ini kerana, knitting meliputi mengait dengan dua jarum, 4 jarum ataupun 5 jarum. Jarum knitting terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1. Straight Needles/Single Point Needles (mostly orang panggil sebagai classic knitting) : Biasanya kebanyakkan beginner akan memulakan pembelajaran mengait Knitting dengan menggunakan jarum jenis ini.
2. Double Pointed Needles (kedua-dua bahagian jarum mempunyai tip) : Digunakan untuk mengait secara knit in the round seperti socks, topi, beg, i-cord..
3. Circular Needles (mempunyai tube yang menyambungkan dua jarum.. juga dikenali sebagai modern knitting) : Sangat fleksibel! Circular needles adalah kegemaran saya 
Untuk belajar knitting, kita mesti tahu 4 asas iaitu:
1. Cast On
2. Knit
3. Purl
4. Bind Off
Jikalau anda sudah mahir dengan keempat-empat asas ini, anda akan lebih mudah memahami teknik-teknik lain seperti increase, decrease, cable, lace dan pelbagai jenis stitches lagi yang cantik cantik!
Seperti crochet, jarum Knitting juga mempunyai pelbagai jenis saiz untuk pelbagai jenis benang bagi menghasilkan pelbagai jenis produk yang menarik!
So..apa beza crochet dan knitting?
Crochet dan knitting, sama-sama mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Walaupun ada yang kata, crochet lagi best dari knitting dan sebaliknya, ataupun crochet lebih senang dari knitting dan juga sebaliknya, namun hakikatnya, kedua-kedua teknik mengait ini sangat seronok untuk dipelajari. Tidak ada yang membezakan knitting dan crochet melainkan anda sendiri yang membezakannya 
Crochet menghasilkan tension yang lebih keras disebabkan kaitannya lebih berfokus kepada satu loop. Selain itu, crochet sangat sesuai untuk pelbagai jenis pattern lace, lebih cepat siap kaitannya, namun menggunakan benang yang lebih banyak berbanding knitting kerana penggunaan loop-nya yang lebih banyak berbanding knitting. Sangat sesuai untuk menghasilkan accessories seperti topi, beg, alas meja, doilies, dan mudah digunakan untuk menyambung hasil kaitan dengan yang lain (seperti granny squares). Tetapi juga sesuai untuk mengait baju, bagi mendapatkan hasil baju yang lembut menggunakan crochet, adalah baik jika kaitan itu dimix dengan lace pattern ataupun menggunakan benang yang lembut dan tebal.
Knitting pula menghasilkan tension yang lebih lembut disebabkan fokus loopnya yang lebih luas. Sangat sesuai untuk mengait baju, juga beg, topi dan lace, socks. Knitting memerlukan masa yang lebih lama berbanding crochet ketika mengait, dan menghasilkan kaitan yang lebih stretchy daripada crochet. Best for joining stitches secara knit in the round. Selain itu, knitting juga menggunakan benang yang sedikit berbanding crochet, dan memerlukan banyak accessories tambahan ketika mengait pattern-pattern tertentu seperti cable pattern yang memerlukan jarum cable.
Jika anda adalah seorang yang sangat meminati bidang mengait, sangat baik jika anda mencuba pelbagai jenis jarum kait yang berbeza, untuk melihat hasil yang baik dan juga untuk mendapatkan keselesaan yang memuaskan hati anda ketika mengait. Terdapat pelbagai saiz jarum juga, untuk disesuaikan dengan thickness yarns. Saiz jarum berbeza, memberikan hasil yang berbeza pada benang yang sama. Contohnya, jika anda menggunakan saiz 2.5mm untuk mengait benang Minlon, hasilnya akan lebih halus dan keras, tetapi kalau anda menggunakan saiz jarum 4.00mm, hasilnya sedikit lebih longgar dan tensionnya tidak begitu keras. Sebab itu, apabila kita mengait berdasarkan pattern, adalah lebih baik kita ikut apa yang disuggestkan oleh pattern, jikalau anda tidak mempunyai saiz/benang seperti yang dicadangkan di dalam pattern, anda boleh mencuba dahulu pattern dengan benang dan jarum yang ada bagi melihat gauge-nya sebelum memulakan pattern.
Ketika belajar mengait, saya suka memahirkan diri dengan mencuba pelbagai jenis pattern. Pada awalnya, saya menggunakan jarum straight untuk mengait tetapi, pada masa ini, saya sangat selesa dan suka menggunakan jarum circular.
Mengapa saya sangat suka menggunkan circular?
1. Boleh digunakan seperti Straight Needles (flat knitting) dan disebabkan jarum ini lebih panjang berbanding straight needles, maka anda boleh menghasilkan kaitan yang lebih besar.
3. Boleh mengait secara knit in the round/join stitches seperti topi, beg, socks..
2. Teknik Magic Loop : Jikalau anda adalah seorang pengguna circular, adalah sangat rugi jika anda tidak mempraktikkan teknik ini. Teknik ini sangat seronok dan sesuai untuk pelbagai jenis pattern yang memerlukan knit in the round.
3. Jikalau anda tidak suka menjahit bahagian-bahagian yang telah dikait, jarum circular adalah teman baik anda!
hehe.. kenapa? sebab jarum circular boleh mengait baju/beg tanpa perlu jahit tepi. This we called as seamless knitting. Antara nama teknik yang lain adalah seperti top down knitting ataupun raglan knitting
4. All in one needles
Anda tidak perlu menggunakan double pointed needles lagi.
Namun, ini adalah terpulang kepada keselesaan anda. Masih ramai lagi yang selesa dan suka menggunakan jarum kait straight/double pointed needles untuk mengait. Dan masih ramai juga yang kurang selesa menggunakan circular needles. Saya juga masih menggunakan double pointed needles ketika mengait.
Alhamdulillah.. panjangnya saya menulis kali ini. Maafkan saya kalau ianya membosankan hahaha.. saya pun budak masih belajar dan tulisan ini juga adalah buat rujukan saya sendiri di masa hadapan. Diharap info ini berguna dan memberikan manfaat untuk kita semua. Mana-mana yang salah, sila perbetulkan ya! kalau ada tambahan lain, anda boleh komen di bawah dan berikan pandangan anda juga, sharing is caring! 
untuk tutorial knitting, boleh lihat di link ni:
http://www.aheys.com/about-2/ (alat yang diperlukan ialah jarum kait dua dan benang)
kalau tutorial crochet:
http://www.aheys.com/tutorial-
Thanks for hopping by!
Assalamualaikum,
















8 comments
brenda
September 2, 2011 at 11:54 PM (UTC 8)
ada buku cara belajar menyulam?
Da'Knit
October 30, 2011 at 4:02 PM (UTC 8)
hi Brenda,
Maaf saya tidak mempunyai buku menyulam.. tetapi untuk tutorial mengait ada
boleh lihat di bawah category Tutorial Knitting dan Tutorial crochet untuk mendapatkan ebook mengait.
Thanks for hopping by and do come again!
Ryn
November 25, 2011 at 12:09 PM (UTC 8)
Tmrrw im goin to kk so can i ask u to choose benang n jarum for me n pass it by hand?I want to make baby blanket..need benang yg soft n sesuai for blanket or sweater..i think the color are red n rainbow if ada..pls reply asap…thanks
Da'Knit
November 25, 2011 at 12:43 PM (UTC 8)
Hi Ryn,
Thank you for dropping by at Da’Knit!
Oh boleh.. if baby blanket, we have perfect yarns for that and also, rainbow colours, http://www.daknit.com/index.php?main_page=product_info&cPath=4&products_id=89 (please click link for picture) 2 balls are enough to make baby blanket
For hooks, I suggested you to own the set of http://www.daknit.com/index.php?main_page=product_info&cPath=7&products_id=43 which is very comfortable to use, smooth and easy to handle.
Please email me at sindarery@gmail.com if you have further questions. Thank you so much!
nor
December 4, 2011 at 5:13 PM (UTC 8)
terima kasih banyak sudi kongsi ilmu,akak ni baru nak mula knitting,pattern apa yg sesuai,yg mudah sikit dan kalau nak order jarum circular ,macamana caranya?
Da'Knit
December 4, 2011 at 5:30 PM (UTC 8)
Salam kak Nor,
Alhamdulillah gembira ilmu2 di Da’Knit membantu
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Da’Knit. Kalau akak berminat dengan jarum circular, saya boleh dapatkan akak jarum circular ADDi, jarum circular yang terbaik made in Germany. Akak email saya di sindarery@gmail.com jika berminat ya
Untuk permulaan, akak boleh belajar membuat handphone casing dan topi. Saya ada buat tutorial topi menggunakan jarum dua. Sila jemput lihat ya
Juju
January 16, 2012 at 9:17 PM (UTC 8)
Salam,
Adik br mula blajar buat benda ni hr ni. Terjumpa site ni.
Tapi da x tutorial mengunakan 1 jarum?
Da'Knit
January 22, 2012 at 6:16 AM (UTC 8)
Waalaikumsalam Juju,
Terima kasih sudi melawat Da’Knit. Maaf di atas keterlewatan membalas komen Juju. Saya ada melampirkan tutorial crochet/jarum satu di bawah category tutorial Crochet pada sidebar. Sila klik ya! Harap ianya membantu
Sila datang lagi!
http://www.facebook.com/daknit
http://www.daknit.com
http://www.yarnsonlineshop.com