Subscribe to RSS feed

Sep
04

Tunisian Crochet: Bags

Ini adalah beg hasil kait dari my mom.. kedua-dua beg ni dikait oleh my mom menggunakan Tunisian Crochet.  Saya langsung tak tahu macam mana nak kait guna tunisian crochet.

Tapi saya suka tote beg biru ni.. patternnya seakan-akan basket pattern kalau guna jarum kait 2.

:D

-Da’Knit-

Sep
03

Baby Hat for Beginner :)..updated!

Hari ini siap satu hat … dan inilah rupanya :D

Ini adalah topi/hat yang paling asas dan bagi yang beginner mesti boleh kait punya!

Bagi sesiapa yang ingin mengait topi ini, boleh lihat tutorial di link ni –> Mengait Topi untuk Beginner

Topi ini dikait menggunakan jarum kait 2 biasa ( straight needles ) Juga boleh gunakan circular needles untuk gantikan straight needles.

Pattern yang digunakan ialah 1 x 1 rib dan stockinette.

Benang ini memang lembut, tidak kasar dan selesa untuk dipakai.. benang akrilik 100% dari Kartopu.

Benangnya boleh didapati di YarnsOnlineShop.Com :D

.

.

.

Lepas kait ni, saya bagi dekat my mom, katanya nak hadiahkan pada cucu kesayangannya.. :) Pastu, my mom tambahkan pom-pom kat atas topi..  macam mana? cute tak? hihi :)

Selamat mencuba! :D

-Da’Knit-

Sep
01

Mainteinance Online Shop… UPDATED!

Assalamualaikum semua,

Buat masa ni, kedai online Benang Kait Da’Knit akan down buat sementara waktu kerana berpindah server. Ianya akan kembali pulih dalam masa 24 Jam dari sekarang, insyaAllah. Terima kasih atas sokongan pengunjung Da’Knit@Aheys.Com.

Alhamdulillah, kini kedai online benang kait Da’Knit telah kembali beroperasi :D

Silalah lawat dan selamat mengait semua :D !

-Da’Knit-

Sep
01

Projek awal-awal..

Ini adalah stoking yang pertama saya kait semasa belajar kait pada akhir tahun lalu. Hehe.. cuma siap sebelah sahaja.. kawannya sampai sekarang pun tak ada lagi .. sedih.. dan yang kecil tu percubaan membuat baby booties.. dan memang sangat kecil.. sungguh kecil.. muat jari telunjuk saja :D

Yang ni pula, buat masa awal tahun.. first-first mau dibuat scarf.. tapi akhirnya jadi headband dan dihadiahkan untuk my mom yang tersayang :D hehe.. tapi dia tak pakai pun.. simpan jadi khazanah :P

Masa belajar mengait awal-awal memang sangat excited. Lebih-lebih lagi apabila berjaya buat projek yang susah..  Apabila melihat banyak teman-teman yang pandai mengait, sungguh rasa teruja. Kagumnya..

InsyaAllah, mudah-mudahan Allah swt akan memberikan kita peluang untuk memperbaiki skil dan kemahiran yang sedia ada dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt. Amin ya rabb..

InsyaAllah, mudah-mudahan ..

-Da’Knit-

Sep
01

Stocking Stitch a.k.a Stockinette Stitch

Stocking stitch pattern adalah sangat mudah dan paling asas.

Cast On stitches mengikut bilangan mata kaitan yang dikehendaki, contohnya Cast On 20.

Row 1: Knit sehingga habis baris

Row 2: Purl sehingga habis baris,

Ulang Row 1 dan Row 2 sehingga panjang yang dikehendaki.

Video ini membantu teman semua memahami dengan lebih baik! Credit video to: Elsteffo youtube.com

Salam mencuba!

-Da’Knit-

Sep
01

Baby Booties

Knitted Baby Booties – Size: Newborn to Six Months

Note: The project photo was knitted with one color, but the pattern shows directions for three different colors, for the sole, body and ribbed top area. You can choose to make these in any combination of colors, or just in one color.

Materials:
Size 5 straight knitting needles
any color worsted weight yarn, you don’t need a whole skein, in this case blue is the sole, white is the body, and black is the top ribbed part
Size G/6 crochet hook
Yarn needle
Size: Newborn to six months
Gauge: When working in St st, 5 sts and 7 rows= 1 inch
Stiches used:
Knit 2, Purl 2 ribbing


Directions (make 2)
with blue cast on 38 sts
Rows 1-10 knit
attach white yarn
Row 11: K 16, sl 1, k 1, psso, k2, k2 tog, k 16
Row 12: P 15, sl 1, p1, psso, p2, p2 tog, p15
Row 13: K 14, sl 1, k 1, psso, k 2, k2 tog, k 14
Row 14: p 13, SL 1, P 1, psso, p 2, p 2 tog, p 13
Row 15: K 12, sl 1, k 1, psso, k 2, k 2 tog, k 12
Row 16: P 11, s 1, p1, psso, p 2, p 2 tog, p 11
Row 17: K 10, s 1, k1, psso, k 2, k 2 tog, k 10
Row 18: P across
Row 19: K 2, yo twice, (k 3, yo twice) three times, k2 yo twice, (k 3 yo twice) three times,K 2
Row 20: P 2, drop both yo (eyelet made), (p3 drop both yo) three times, p 2, drop both yo, (p 3 drop both yo) three times, p 2
Row 21: K across
Row 22: P across
Attach black yarn
Rows 23- 36: Work k 2, p2 rib


Finishing:
Thread tapestry needle and sew sides tog, fold down rib part
Ties: using crochet hook and black yarn make a 15 in. long cord using chain stitch, weave through eyelets and tie into bow

credit to: http://cyberseams.com/article/105035/all_things_knitting/knitted_baby_booties_size_newborn_to_six_months.html


Abbreviations:
K- knit
P- purl
psso- pass slipped stich over
sl- slip
st(s)- stich(es)
tog- toghether
yo- yarn over
()- instructions between parenthsis are repeated a given number of times

Sep
01

Mari Belajar Crochet

Disini,

Saya ingin berkongsi carta belajar crochet/jarum kait 1.

Sesiapa yang berminat boleh klik link dan download – > Crochet tutorial

Tengok kat dalam image ok :)

selamat mencuba!

-Da’Knit-

Sep
01

Alhamdulillah :)

Waaahh..

Alhamdulillah.. akhirnya hook crochet satu set yang saya pesan dari Hong Kong telah pun selamat sampai. Terima kasih kepada CherrySky 90 dari ebay.com :)

Nanti nak cuba hook baru hihi ;)

-Daknit-

Sep
01

Mengait Topi/Knitting Hat for Beginners

Salam semua,

Kali ini, saya ingin berkongsi cara membuat topi bagi beginners. Saya sangat suka kait topi sebab cepat siap :) hehe..

Biasanya untuk mengait topi, kita perlu melihat saiz kepala mengikut kesesuaian si pemakai. Oleh itu, kita mesti mengetahui bagaimana menentukan “Gauge” bagi setiap projek topi ini kerana, kalau kita tidak memerhatikan dengan baik gauge sesuatu pattern, kemungkinan kita akan mendapatkan hasil yang bersaiz kecil ataupun terlebih besar dari asal saiz yang ingin diperolehi.

Apakah Gauge?

Untuk memahami Gauge dengan lebih baik, tutorial ini sangat membantu. Sila klik untuk melihat tutorial : Knitting Gauge Tutorials

Ok,

Material yang perlu ialah:

1. Jarum kait yang dicadangkan ialah antara saiz 6 (4.00mm) ataupun saiz 8 (5.00mm). Topi untuk kanak-kanak/bayi biasanya bersaiz kepala antara 40cm-70cm, dan dewasa di antara 80-100cm mengikut kesesuaian.

2. Satu buku bola benang biasanya sama ada 3 ply ataupun 4 ply sebanyak 100gm, warna mengikut pilihan anda.

Finished measurement: lebih kurang 26-27 inci pada bahagian bawah bulatan  dan 9-10 inci dari atas ke bawah.

Arahan:

1.  Dengan menggunakan jarum saiz 6, buat Cast On sebanyak 87 stitches. –> Sila klik untuk melihat Cast On tutorial

2.  Untuk mengait topi asas, anda perlu tahu bagaimana membuat mata kaitan Knit dan Purl.

- Untuk Knit sila klik di sini  –> Knit Tutorial

- Untuk Purl sila klik di sini —> Purl Tutorial

3.  Setalah membuat cast on, mulakan kaitan dengan membuat pattern 1 x 1 rib. Untuk tutorial RIB sila klik di sini — > 1 x 1 Rib Pattern Tutorial.  Kait sehingga panjang adalah lebih kurang 1 inci.

4.  Setelah selesai rib,

- ROW 1 : Knit 87, pusing

- ROW 2: Purl 87, pusing

5. Ulang ROW 1 dan ROW 2 sehingga panjang mencapai sekurang-kurangnya 6 inci dan berakhir pada ROW 2.

6. Untuk membentuk bahagian atas, kita akan mengurangkan kaitan/decrease stitches:

- Row 1. *Knit 3 stitches, kemudian Knit 3 stitches bersama (k3tog), (k3tog – Knit 3 stitches dalam satu kaitan)  ulang semula dari* sehingga akhir baris.
- Row 2. Purl
*  Teruskan mengulang ROW 1 dan ROW 2 bagi decrease stitches sehingga tinggal 7 stitches sahaja pada jarum anda. ( 6 ataupun 8 stitches juga boleh diterima )

7. Apabila telah mencapai 7 stitches, ukur panjang benang bersambung pada bola sekurang-kurangnya 15 inci, potong. Kemudian gunakan jarum biasa (yarn needle) bersama dengan tali benang yang dipotong tadi untuk menjahit 7 stitches ini ( menutup lubang akhir ). Apabila 7 stitches ini telah ditutup,

8. Langkah akhir, sambungkan kedua belah bahagian topi dan jahit dari bahagian atas ke bawah ( melalui bahagian PURL SIDE ). Apabila telah sampai ke bahagian bawah, kunci kaitan dan pusingkan bahagian KNIT side ke luar.

Dah siap :D

Semoga tutorial ini membantu anda mengait topi pertama teman semua :D

Selamat mencuba!

-Daknit-

Aug
30

Selamat Menyambut Aidilfitri Al-Mubarak :D

emilayusof

Older posts «